Tarikh

:15 Januari 2023 (Ahad)

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Tujuan utama kelas ICT ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada komuniti meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel), Gmail, Whatsapp Web dan Google Form. Selain itu, memupuk minat dalam bidang ICT kepada komuniti dan menonjolkan daya kreativiti penggunaan terhadap perisian multimedia. Bukan itu sahaja, dengan adanya pengetahuan dan pendedahan dalam bidang ICT, komuniti sudah dapat menguasai dan menggunakannya pada masa kini atau akan datang. Komuniti juga dapat menghasilkan sesuatu dengan ilmu yang telah dapat di dalam kelas ICT dan lain- lain ilmu yang dikuasainya. Ia juga dapat memudahkan komuniti menggunakan komputer atau komputer riba pada masa akan datang. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas ICT Sesi 1 ini antaranya pengenalan asas komputer dan microsoft word. Komuniti juga banyak bertanya berkaitan dengan microsoft word dan pengenalan asas komputer. Antara pengenalan asas komputer secara umumnya, komponen-komponen dan cara-cara untuk hidupkan komputer dan lain-lain. Microsoft Word pula memberi pendedahan apa itu microsoft word, pengenalan dan penerangan  simbol-simbol yang yang ada di dalamnya dan memberi aktiviti sebagai praktikal untuk komuniti adalah dapat menguasai atau tidak. 

Gambar di sini

Tarikh

:08 Januari 2023 (Ahad)

Masa

: 10.00 Pagi - 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Rakan Digital

 

Tujuan

Tujuan membuat slide untuk kelas shopee yang akan diadakan pada bulan ini di PEDi di sekitar padang terap.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam membuat slide untuk kelas Shopee seperti mencari maklumat, menyediakan slide menggunakan powerpoint, idea-idea di kalangan Rakan Digital dan lain-lain.

Tarikh

:19 Disember 2022 (Isnin)

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: Aplikasi Zoom (Online)

Peserta

: Rakan Digital Negeri Kedah

Tujuan

Tujuan perjumpaan Rakan Digital Negeri Kedah bersama MCMC Kedah adalah untuk pengesahan Rakan Digital Kedah. Selain itu, untuk mengetahui perkembangan setiap Rakan Digital Kedah dan perancangan untuk tahun 2024.

Aktiviti

Perjumpaan ini diadakan adalah untuk pengesahan Rakan Digital Kedah. Selain itu, untuk mengetahui perkembangan setiap Rakan Digital Kedah dan perancangan untuk tahun 2024.

Gambar di sini

Tarikh

:01 Januari 2023 (Ahad)

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Tujuan utama kelas ICT ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada komuniti meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel), Gmail, Whatsapp Web dan Google Form. Selain itu, memupuk minat dalam bidang ICT kepada komuniti dan menonjolkan daya kreativiti penggunaan terhadap perisian multimedia. Bukan itu sahaja, dengan adanya pengetahuan dan pendedahan dalam bidang ICT, komuniti sudah dapat menguasai dan menggunakannya pada masa kini atau akan datang. Komuniti juga dapat menghasilkan sesuatu dengan ilmu yang telah dapat di dalam kelas ICT dan lain- lain ilmu yang dikuasainya. Ia juga dapat memudahkan komuniti menggunakan komputer atau komputer riba pada masa akan datang. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas ICT Sesi 1 ini antaranya pengenalan asas komputer dan microsoft word. Komuniti juga banyak bertanya berkaitan dengan microsoft word dan pengenalan asas komputer. Antara pengenalan asas komputer secara umumnya, komponen-komponen dan cara-cara untuk hidupkan komputer dan lain-lain. Microsoft Word pula memberi pendedahan apa itu microsoft word, pengenalan dan penerangan  simbol-simbol yang yang ada di dalamnya dan memberi aktiviti sebagai praktikal untuk komuniti adalah dapat menguasai atau tidak. 

Gambar di sini

Tarikh

:18 Disember 2022 (Ahad)

Masa

: 9.30 Pagi - 2.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: 5 - 11 tahun

Tujuan

Program Santai ICT adalah program sempena cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada asas komponen komputer, praktikal kepada ICT menggunakan Microsoft Office, penggunaan internet secara positif dan kelas memasak untuk chef cilik. Selain itu, program ini dijalankan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru melalui permainan berkaitan Klik Dengan Bijak. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti senaman pagi, pengenalan dan explore microsoft word, typing fast untuk melihat sejauh mana kemahiran menaip peserta, puzzle online untuk peserta 5 tahun, youtube kids dan chef cilik (roti sosej kukus). Selain itu, aktiviti kahoot juga diadakan bagi melihat sejauh mana peserta fokus dalam aktiviti dan melihat cara peserta berfikir. Kahoot untuk Klik dengan bijak juga diselitkan bagi memberi pendedahan kepada mereka apa itu klik dengan bijak. 

Gambar di sini