Kebanyakan golongan wanita di Kg Tanjung dan sekitar Kuala Nerang memilih bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan. Wanita dilihat bukan sekadar suri rumah, malah turut berkemampuan menjana ekonomi keluarga. Gerakan Wanita yang ditubuhkan di setiap kampung termasuk Kg Tanjung memainkan peranan dalam memajukan dan meningkatkan taraf golongan ini dalam masyarakat.