Tarikh

:01 Januari 2023 (Ahad)

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Tujuan utama kelas ICT ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada komuniti meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel), Gmail, Whatsapp Web dan Google Form. Selain itu, memupuk minat dalam bidang ICT kepada komuniti dan menonjolkan daya kreativiti penggunaan terhadap perisian multimedia. Bukan itu sahaja, dengan adanya pengetahuan dan pendedahan dalam bidang ICT, komuniti sudah dapat menguasai dan menggunakannya pada masa kini atau akan datang. Komuniti juga dapat menghasilkan sesuatu dengan ilmu yang telah dapat di dalam kelas ICT dan lain- lain ilmu yang dikuasainya. Ia juga dapat memudahkan komuniti menggunakan komputer atau komputer riba pada masa akan datang. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas ICT Sesi 1 ini antaranya pengenalan asas komputer dan microsoft word. Komuniti juga banyak bertanya berkaitan dengan microsoft word dan pengenalan asas komputer. Antara pengenalan asas komputer secara umumnya, komponen-komponen dan cara-cara untuk hidupkan komputer dan lain-lain. Microsoft Word pula memberi pendedahan apa itu microsoft word, pengenalan dan penerangan  simbol-simbol yang yang ada di dalamnya dan memberi aktiviti sebagai praktikal untuk komuniti adalah dapat menguasai atau tidak. 

Gambar di sini