Tarikh |
:07 Mac 2023 (Selasa) |
Masa |
: 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti Kg Tanjung ( Wanita) |
Bermula 1 Mac hingga 31 Mac, Permohonan baru dan kemaskini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk memohon bantuan kerajaan yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Aktiviti
Pengguna menggunakan laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk mengemaskini data maklumat bagi melayakkan isi rumah mendapat bantuan STR. Antara maklumat yang dikemaskini adalah pekerjaan dan pendapatan.
Tarikh |
:02 Mac 2023 (Khamis) |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Belia |
Kelas PosterMyWall ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan juga memudahkan mereka menyediakan poster dengan lebih cepat, kemas, cantik dan pantas. Selain itu, PosterMyWall juga menyediakan template poster yang cantik dan menarik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan seperti memberi pengenalan secara terperinci dan item-item didalam PosterMyWall. Selain itu, memberi peluang secara praktikal kepada peserta untuk lebih mengenal, mengedit dan menyediakan dan ia akan membuat peserta lebih jelas lagi.
Tarikh |
:13 Februari 2023 (Isnin) |
Masa |
: 8.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi |
: Smk Padang Terap |
Peserta |
: Pelajar Tingkatan 1 dan 2 |
Tujuan
Program Klik dengan Bijak dan aktiviti bersama pelajar tingkatan 1 & 2 SMK Padang Terap bertempat di Dewan Makan Asrama.
Kolaborasi bersama Perpustakaan Desa Zon 9 Padang Terap. Tujuannya adalah untuk mesra pelajar dan jom mengenal bahasa dan ict.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan seperti :
* Silang Kata ICT
* Kuiz Bahasa
* Jumlah KDB
* Mewarna
* game KDB
* Kuiz ICT
Tarikh |
:20 Februari 2023 (Isnin) |
Masa |
: 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: 6 - 12 tahun |
Program Santai ICT adalah program sempena cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada asas komponen komputer, praktikal kepada ICT menggunakan Microsoft Office, penggunaan internet secara positif dan kelas memasak untuk chef cilik. Selain itu, program ini dijalankan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru melalui permainan berkaitan Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti pendaftaran, senaman pagi, pembahagian kumpulan, ice breaking, game ict dan solat zohor bagi slot pagi. Selain itu, aktiviti chef cilik diteruskan iaitu kek coklat dan onde-onde hipster. Aktiviti diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Tarikh |
:08 Februari 2023 (Rabu) |
Masa |
: 2.00 petang - 3.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Bantuan ini merupakan agihan secara sekaligus (one off) yang diberikan kepada guru agama subjek Diniah mengikut syarat-syarat tertentu.