Tarikh |
:18 Disember 2022 (Ahad) |
Masa |
: 9.30 Pagi - 2.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: 5 - 11 tahun |
Program Santai ICT adalah program sempena cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada asas komponen komputer, praktikal kepada ICT menggunakan Microsoft Office, penggunaan internet secara positif dan kelas memasak untuk chef cilik. Selain itu, program ini dijalankan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru melalui permainan berkaitan Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti senaman pagi, pengenalan dan explore microsoft word, typing fast untuk melihat sejauh mana kemahiran menaip peserta, puzzle online untuk peserta 5 tahun, youtube kids dan chef cilik (roti sosej kukus). Selain itu, aktiviti kahoot juga diadakan bagi melihat sejauh mana peserta fokus dalam aktiviti dan melihat cara peserta berfikir. Kahoot untuk Klik dengan bijak juga diselitkan bagi memberi pendedahan kepada mereka apa itu klik dengan bijak.