Tarikh |
:20 Mac 2023 (Isnin) |
Masa |
: 9.30 pagi - 2.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti Padang Terap |
Kaunter Bergerak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diadakan bagi kemaskini serta permohonan baru.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah kemaskini serta permohonan baru. Kemaskini dari segi terlupa kata laluan, pertukaran maklumat serta lain-lain masalah.
Tarikh |
:18 Mac 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 11.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Pengawai dari Telekom Malaysia |
Lawatan dari pengawai Telekom Malaysia adalah untuk melihat dan membuat sport check. Selain itu, lawatan ini diadakan untuk melihat serta menjadikan Pedi Kg Tanjung sebagai tempat untuk menteri melawat pada 29 Mac 2023 pada hari Rabu.
Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti lawatan yang dijalankan seperti membuat sport check Pedi Kg Tanjung, melihat persekitaran serta soal jawab bersama penolong pengurus berkaitan Pedi Kg Tanjung.
Tarikh |
:15 Mac 2023 (Rabu) |
Masa |
: 9.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Kanak -kanak (9-12 tahun) |
Bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti sekitar ini melakukan urusan-urusan yang berkaitan dengan Tabung Haji.
Aktiviti
Perkhidmatan yang disediakan antaranya pembukaan akaun baru dewasa dan kanak-kanak, tambah simpanan tunai dan potongan gaji, daftar haji, kemaskini profil akaun dan daftar Thijari (TH Online).
Tarikh |
:17 Mac 2023 (Jumaat) |
Masa |
: 8.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi |
: PAKK ( Pusat Aktiviti Kuala Nerang) |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah Al-Fateh Kuala Nerang |
Program ini diadakan untuk program cuti sekolah bagi pelajar atau anak-anak dari Sekolah Rendah Al-Fateh Kuala Nerang.
Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti aktiviti sukaneka indoor iaitu batu seremban, dam dan congkak manakala outdoor baling kelapa, tiup belon dan makan buah epal. Selain itu, Talk KDB dan quiz juga di sampaikan oleh Pengurus Belimbing Kanan.
Tarikh |
:14 Mac 2023 (Khamis) |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Kanak -kanak (9-12 tahun) |
Tujuan Chef Cilik Jejari Coklat diadakan adalah untuk mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah serta memberi pendedahan pembuatan kuih raya seperti jejari coklat.