Kedah adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang berkeluasan 9,426 km2 iaitu 2.9 % daripada keluasan Malaysia. Negeri ini mempunyai 12 daerah dan 133 mukim. Jumlah penduduknya adalah kira-kira 2,044,188 orang berdasarkan maklumat Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah iaitu kira – kira 14.39 % yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang. [Sumber: Majlis Daerah Padang Terap]
Ahli Parlimen/ ADUN kawasan
Parlimen Padang Terap merangkumi 2 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu. Ahli Parlimen Padang Terap ialah Yang Berhormat Nurul Amin Hamid. Manakala ADUN bagi kawasan Kuala Nerang ialah Yang Berhormat Haji Munir bin Zakaria.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanjung berada di dalam kawasan DUN Kuala Nerang iaitu di Mukim Padang Terap Kiri di dalam Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanjung terletak di tepi jalan utama menghala ke sempadan Malaysia - Thailand iaitu pos sempadan Kota Putera Durian Burung. Daerah Padang Terap mempunyai keluasan 1,357 kilometer persegi. Jarak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Tanjung dari Pekan Kuala Nerang adalah kira-kira 5 km dan jarak daripada bandar Alor Setar mengambil masa lebih kurang 40 minit.
AHLI PARLIMEN Padang Terap (P.07 - PN)
- Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin & Dakwah, Universiti Al-Azhar, Mesir (2005-2006)
ADUN Kuala Nerang (N.07 - PN)