Tarikh |
:07 Februari 2023 (Selasa) |
Masa |
: 09.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Belimbing Kanan |
Peserta |
: Pengurus Kluster Padang Terap |
Tujuan
Tujuannya adalah kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital bagi kegunaan web atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan menggunakan peralatan-peralatan dalam Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik. Selain itu, menggunakan teknik-teknik pengolahan grafik digital yang berkesan dan menghasilkan kerja akhir grafik keformat-format digital yang sesuai. Akhir sekali, mengembangkan kemahiran menghasilkan imej-imej baru.
Tarikh |
:02 Februari 2023 (Khamis) |
Masa |
: 10.00 petang - 1.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Penolong Pengurus |
Tujuan
Tujuan kelas untuk penolong pengurus baru diadakan adalah untuk memberi pendedahan tugas-tugas penolong pengurus dan lain - lain perkara yang patut diketahui oleh mereka. Selain itu, ini merupakan salah satu cara memberi pencerahan skop kerja mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan memberi tunjuk ajar berkaitan Portal, CMS, UMMS(Docket), Kisah kejayaan usahawan dan celik ICT, Mycoms, Billing utiliti bulanan, 5S, menyiarkan aktviti Pedi di media sosial dan lain-lain.
Tarikh |
:25 Januari 2023 (Rabu) |
Masa |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Microsoft PowerPoint ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Power Point melalui menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi berkenaan. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh didapati di dalam Microsoft PowerPoint antaranya ialah fungsi penyuntingan teks lanjutan, bagaimana membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. Microsoft PowerPoint merupakan komponen standard bagi perisian yang digabungkan bersama dengan alat produktiviti Office Word, Excel dan lain-lain. Program ini menggunakan slaid untuk menyampaikan maklumat yang kaya dengan multimedia.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas Microsoft PowerPoint ialah pengajar memperkenalkan asas atau komponen penting dalam Microsoft PowerPoint. Selain itu, membuat pembentangan multimedia yang menarik, memformat dan menyusun atur slaid PowerPoint dan lain-lain.
Tarikh |
:01 Februari 2023 (Rabu) |
Masa |
: 9.30 petang - 1.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Tujuan Kaunter Bergerak JPJ diadakan adalah memudahkan orang ramai atau penduduk luar bandar melakukan urusan secara pandu lalu.
Aktiviti
Pelbagai perkhidmatan telah disediakan kepada komuniti setempat seperti berikut:
• Memperbaharui Lesen Memandu CDL;
• Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (roadtax);
• Pembayaran Saman (terkini); dan
• Perkhidmatan Pemeriksaan Motosikal Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh Melebihi 3 tahun.
Tarikh |
:17 Januari 2023 (Selasa) |
Masa |
: 03.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Tujuan utama kelas membaca diadakan adalah untuk memberi kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca seawal umur 4 tahun. Selain itu, ia juga untuk membina kemahiran membaca untuk persediaan anak-anak ke sekolah terutamanya untuk anak-anak berusia 6 tahun, menanam minat suka membaca di dalam diri setiap anak-anak dan lain-lain.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas Membaca adalah guru mengenal pasti kelemahan dan kelebihan setiap kanak-kanak sebelum kelas bermula. Selain itu, kanak-kanak akan diajar mengenal huruf vokal dahulu sebelum huruf-huruf lain. Kanak-kanak akan terus diajar mengikut tahap penguasaan mereka. Antara alatan bantuan belajar yang digunakan adalah seperti buku membaca, clay untuk membentuk huruf-huruf, menggunakan permainan belajar di dalam internet dan lain-lain.