Perniagaan Makanan
Nama |
: Ahmad Syairozi Atiqullah Bin Ghazali |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Ahmad Syairozi Atiqullah Bin Ghazali merupakan seorang usahawan yang berumur 30 tahun. Beliau ialah usahawan perniagaan ayam goreng yang diberi nama ‘ayam goreng ketagihan’ dan merupakan graduan lepasan diploma dalam bidang art and design, sudah berkahwin,mempunyai seorang cahayamata dan seorang yang menggemari bidang perniagaan dan mempunyai 4 cawangan kedai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau juga bekerja secara sepenuh masa dan hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja. Beliau bekerja di Korea selama lbih kurang 2 tahun. Setelah berkahwin beliau telah menetap di kampung halaman iaitu di Kampung Kurung Hitam dan memulakan perniagaan gerai jalanan sahaja.
Perkenalan dengan petugas pusat internet telah merubah pernigaannya sehingga tular dan mendapat tempat di kalangan penggemar ayam goreng. Kelas E-usahawan yang di sertainya di pusat internet membuka lembaran baru baginya sehingga berjaya meyakinkan pihak pengurusan Pasaraya Econsave bagi melayakkan beliau mendapat tender kedai makan di dalam pasaraya.
Ayam Kampung Frozen Fresh
Nama |
: Habshah Bt Abd. Rahman |
Umur |
: 62 Tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Habsah Bt Abd.Rahman merupakan penternak ayam kampong. Beliau merupakan seorang pesara guru. Sebelum ini beliau menjadikan hobi beliau sebagai penternak tetapi sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat yang mahukan ayam kampong menggantikan ayam biasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti program yang telah di anjurkan oleh Pusat Internet Kampung Tanjung beliau telah mahir dalam bidang pemasaran menggunakan internet. Pusat Internet telah membantu Puan Habsah mempromosikan produknya dalam web Pusat Internet seterusnya media social iaitu Facebook dan Youtube malah Pusat Internet turut membuat rakaman video mengenai produk beliau.
Puan Habsah turut dipilih menjadi Usahawan Agro Pertanian bawah Pejabat Pertanian atas cadangan dari Pusat Internet. Produk beliau mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga permintaan melebihi tawaran
Pengusaha Semeliang Agro Farm
Nama |
Nor Azhar Bin Mohd Noor |
Umur |
47 tahun |
Ahli |
2013 |
Latar Belakang
Nor Azhar Mohd Noor merupakan pengusaha Semeliang Agro Farm di Kampung Semeliang.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau mendaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2013 dan merupakan salah seorang penerima GMBO pada tahun yang sama di Pusat Internet Kampung Tanjung.
Penekanan pada ternakan rusa membuatkan beliau menubuhkan Pusat Ternakan Rusa Kampung Semeliang. Encik Noor Azhar telah mengambil inisiatif bagi mengembangkan produk dengan menggunakan media sosial sebagai medan perkenalkan perniagaannya.
Beliau sering menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Tanjung bagi meningkatkan kemahiran diri dalam penggunaan komputer dan internet.
Pengusaha Houseboat Serimahawangsa Tasik Pedu
Nama |
Amir Bin Wahab |
Umur |
46 tahun |
Ahli |
2016 |
Latar Belakang
Amir Bin Wahab telah mengusahakan chalet terapung iaitu Houseboat Serimahawangsa Tasik Pedu
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau mendaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2016 dan bekerjasama dengan Pusat Internet selepas mengetahui impak media sosial terhadap perniagaannya. Beliau turut menghadiri kelas keusahawanan dan perniagaan secara atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Pusat Internet telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan MYKIF kategori video dengan menjalani pengambaran di Houseboat Tasik Pedu. Panorama dan keindahan alam semulajadi menjadi tarikan pelancong ke sana.
Beauty Consultant Marry Kay
Nama |
Farah Nurul Akma |
umur |
33 tahun |
ahli |
2014 |
Latar Belakang
Farrah Nurul Akma berasal dari Kampung Belukar dan bekerja sebagai Guru Sekolah dan telah menjinakkan diri ke bidang perniagaan melalui media social iaitu dan Facebook. Beliau berjinak dalam bidang kecantikan selepas mengalami kerosakan kulit akibat menggunakan produk local
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mendaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2014 dan memasuki Kelas KPBU dan Kelas Microsoft Office di Pusat Internet Kampung Tanjung.
Beliau pernah mengikuti Kelas Kecantikan Anjuran Mary Kay pada tahun 2016 di Pusat Internet Kampung Tanjung Melalui kelas itu beliau tertarik dengan produk tersebut kebetulan beliau mengalami kerosakan kulit akibat penggunaan produk local..
Beliau mendaftar sebagai ahli Mary Kay dan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Mary Kay sehingga beliau mendapat sijil sebagai Beauty Consultant Mary Kay.Beliau juga telah menjual dan menjadi agen barangan produk Mary Kay melalui media social iaitu Facebook.
Beliau mengikuti kelas keusahawanan dan Online Marketing di Pusat Internet Kampung Tanjung.
Halaman 1 dari 2