Tarikh |
:25 Januari 2023 (Rabu) |
Masa |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Komuniti |
Tujuan
Microsoft PowerPoint ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Power Point melalui menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi berkenaan. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh didapati di dalam Microsoft PowerPoint antaranya ialah fungsi penyuntingan teks lanjutan, bagaimana membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. Microsoft PowerPoint merupakan komponen standard bagi perisian yang digabungkan bersama dengan alat produktiviti Office Word, Excel dan lain-lain. Program ini menggunakan slaid untuk menyampaikan maklumat yang kaya dengan multimedia.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas Microsoft PowerPoint ialah pengajar memperkenalkan asas atau komponen penting dalam Microsoft PowerPoint. Selain itu, membuat pembentangan multimedia yang menarik, memformat dan menyusun atur slaid PowerPoint dan lain-lain.