Tarikh

: 25 Julai 2019  ( Khamis )

Masa

: 10 Pagi - 1 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Felda Lubuk Merbau

Peserta

: Pelajar dan Usahawan Setempat

 

Tujuan

Bengkel asas suntingan video adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar belajar dan menguasi teknik video editing, di mana ia akan dapat lebih mudah untuk menonjolkan sesuatu sama ada  mempromosikannya untuk tujuan berniaga  yang tentunya mampu menarik orang membeli.

Aktiviti

Bengkel dan tutorial untuk memahirkan pelajar dan usahawan

 

Gambar Di Sini

Tarikh

: 19 Julai 2019  ( Jumaat )

Masa

: 9 Pagi - 1 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Belukar Luas

Peserta

: 25 orang

 

Tujuan

✓Program E-Usahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

✓Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

✓Para peserta akan didedahkan dengan teknik pemasaran digital yang merangkumi :

-Asas perniagaan

Teknik pemasaran melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram

-Teknik pemasaran melalui enjin carian seperti Google

Teknik “close sales” melalui whatsApp

 

Aktiviti

Ceramah E Usahawan oleh wakil MDEC dan Petugas Pusat Internet

 

Gambar Di Sini

Tarikh

:  11 Julai 2019  ( Khamis )

Masa

:  10 Pagi - 1 Tengahari

Lokasi

:  Giat Mara Padang Terap

Peserta

:  Pelajar Giat Mara Padang Terap

 

Tujuan

Tujuan taklimat ini ialah, memperkenalkan KDB kepada pelajar, mempromosi dan memberi pendedahan tentang KDB dan tayangan video berkaitan kempen dan promosi KDB bagi tujuan kesedaran. Program ini merupakan salah satu dari aktiviti advocacy yang dijalankan di PI dalam usaha mempromosi KDB dan membendung gejala jenayah sosial penyalahgunaan internet.  Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah tayangan video berkaitan KDB, memberi taklimat mengenai KDB dan pelajar menjawab soalan melalui quizizz.com .

Aktiviti

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan perkongsian di internet.

Melahirkan pengguna yang bijak terhadap teknologi dan kandungan media.

 

Gambar Di Sini

Tarikh

:  17 Julai 2019 ( Rabu )

Masa

:  3 Petang - 5.45 Petang

Lokasi

:  Pusat Internet Kampung Tanjung

Peserta

:  Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan  untuk memahirkan pelajar bagaimana menyimpan gambar untuk bahan kerja kursus. Petugas juga mengajar cara untuk membesar serta mengecilkan gambar mengikut kehendak kerja kursus.

Aktiviti

Mencari bahan gambar untuk kerja kursus.

 

Gambar Di Sini

Tarikh

:  11 Julai 2019  ( Khamis )

Masa

:  3 Petang - 5.30 Petang

Lokasi

:  Pusat Internet Kampung Tanjung

Peserta

:  Pelajar Sekolah Menengah Padang Terap

Tujuan

Memupuk minat memasak di kalangan pelajar di mana menu yang diajar adalah menu yang menjadi tarikan golongan remaja masa kini. Kelas ini menggunakan medium sosial iaitu youtube. Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan padang terap

Aktiviti

Kelas masakan menggunakan ICT

 

Gambar Di Sini