Tarikh |
: 10 Mac 2019 ( Ahad ) |
Masa |
: 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Tujuan
Kelas masakan yang diadakan bertujuan menambah pendapatan komuniti setempat dalam mempelbagaikan produk jualan. Peserta di ajar menghasilkan donut dan hot coklat yang mana sangat jarang di dapati di pekan-pekan kecil dan memberi pendedahan bagaimana mahu mempromosikan hasil jualan di media sosial.
Aktiviti
Kelas masakan yang dikendalikan oleh petugas Pusat Internet mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh komuniti
Tarikh |
: 3 Mac 2019 ( Ahad ) |
Masa |
: 3 Petang - 4 Petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kg Tanjung |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Melatih pelajar membuang gambar belakang dengan mencipta kad/flyers dengan menggunakan tools yang disediakan di dalam Microsoft Word
Aktiviti
Mencipta kad/Flyers
Tarikh |
: 28 Februari 2019 ( Khamis ) |
Masa |
: 9 Pagi - 1 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Guru-Guru Kafa Daerah Padang Terap |
Tujuan
Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu guru - guru KAFA Daerah Padang Terap melaksanakan tanggungjawab mereka iaitu memasukkan data pelajar tahun 5 di dalam sistem SIMPENI bagi mengambil peperiksaan UPKK bagi tahun 2019. Sebanyak 12 sekolah mengambil tempat di Pusat Internet Kampung Tanjung
Aktiviti
Memasukkan maklumat pelajar bagi tujuan kenaikkan kelas dan pelajar baru dalam sistem SIMPENI. Petugas membantu guru-guru Kafa yang kurang mahir serta mengajar mengenai asas komputer.
Tarikh |
: 3 Mac 2019 ( Ahad) |
Masa |
: 2 Petang - 3 Petang |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kg Tanjung |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Mengajar bagaimana pelajar boleh menggerakkan kursor (tanda panah) di layar komputer dengan menggerakkan mouse yang dipegang tangan kanannya.
Aktiviti
Permainan dalam talian
Tarikh |
: 21 Februari 2019 ( Khamis ) |
Masa |
: 9 Pagi - 3 Petang |
Lokasi |
: PKD Bukit Kura |
Peserta |
: Komuniti Penduduk Kampung |
Tujuan
Program ini bertujuan membantu komuniti dalam urusan mengemas kini permohonan Bantuan Sara Hidup.
Aktiviti
Pusat Internet kluster Padang Terap bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa Kg Bukit Kura telah menjemput pihak LHDN untuk datang ke PKD bagi memudahkan penduduk kawasan ini membuat kemas kini BSH mereka. Pusat Internet membantu komuniti dalam menyediakan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak LHDN supaya memudahkan urusan kemas kini.