Tarikh |
: 1 Julai 2019 ( Isnin ) |
Masa |
: 2 Petang - 5 Petang |
Lokasi |
: Dewan Orang Ramai Kampung Belukar Mukim Kurung Hitam,Kuala Nerang |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Tujuan
Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai bahaya jenayah internet yang berleluasa di kalangan remaja. Pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat juga dilakukan. Selain itu, Petugas Pusat Internet bersama sukarela turut mempromosikan My TV kepada komuniti sekitar berikutan proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital bakal dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijlalankan adalah Klik Dengan Bijak,Pemeriksaan kesihatan secara percuma serta promosi Mytv kepada komuniti setempat
Tarikh |
: 27 Jun 2019 ( Khamis ) |
Masa |
: 12 Tengahari - 3 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap |
Tujuan
Mesyuarat Bulanan Kluster Padang Terap bagi membincangkan perancangan pada bulan yang akan datang dan program-program yang melibatkan agensi kerajaan.
Aktiviti
Perbincangan perancangan bulan hadapan bersama DRM Kedah
Tarikh |
: 14 Jun 2019 ( Jumaat ) |
Masa |
: 9 Pagi - 5 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta |
: MIV Kluster Padang Terap |
Tujuan
Program pelaksanaan kempen pendidikan dan kesedaran mengenai Digital Terrestrial TV (DTT ) bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada Malaysian ICT Volunteer (MIV)
Aktiviti
Taklimat pelaksanaan program kepada MIV Kluster Padang Terap
Tarikh |
: 21 Jun 2019 ( Jumaat ) |
Masa |
: 9.30 Pagi - 12 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Padang Terap |
Tujuan
Memupuk rasa seronok di kalangan pelajar sekolah rendah dengan subjek English melalui lagu.
Aktiviti
Pelajar diberi pilihan lagu,dengar,ikut dan mencari maksud lirik lagu tersebut menggunakan google translate.Antara lagu english yang sesuai belajar pronounce serta lirik yang mudah ialahLove story,perferct dan im yours (Memilih lagu yang biasa didengar dan seronok untuk mereka belajar). Mereka di ajar untuk menyebut sebutan dengan betul melalui lagu dan di bantu google translate. Kaedah ini dilihat dapat memupuk keinginan mereka belajar english serta meningkatkan kadar keyakinan untuk bertutur dalam bahasa inggeris.
Tarikh |
: 1 Jun 2019 ( Sabtu ) |
Masa |
: 2 petang - 5 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Menengah Padang Terap |
Tujuan
Kelas mencari bahan artikel dan bahan rujukan untuk pelajar sekolah menengah yang membuat tugasan berkaitan perakaunan. Pelajar menggunkan kemudahan teknologi yang disediakan pihak Pusat Internet bagi menyiapkan tugasan.
Aktiviti
Petugas membantu pelajar mencari bahan rujukan dengan menggunakan perisian excel dalam membuat kerja perakaunan.