Tarikh |
: 13 Februari 2020 (Khamis) |
Masa |
: 10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Musa |
Peserta |
: 10 Orang Komuniti |
Tujuan
Bengkel makanan sushi ini bertujuan memberi pendedahan tentang masakan yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan jika dijual di pasaran. Bengkel di sertai komuniti sekitar kampung.
Aktiviti
Peserta di ajar oleh petugas pusat internet kampung tanjung membuat makanan korea iaitu sushi.
Tarikh |
: 5 Februari 2020 ( Rabu ) |
Masa |
: 4 Petang – 6 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Pelajar SMK Padang Terap |
Tujuan
Kelas tuisyen Bahasa inggeris yang disertai pelajar menengah dan diajar oleh Sir Azham juga guru dari SMK Padang Terap. Penggunaan smart tv memudahkan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar menyertai tuisyen Bahasa inggeris
Tarikh |
: 16 jan 2020 ( Khamis ) |
Masa |
: 9 Pagi – 1 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: 13 Orang Peserta |
Tujuan
Bengkel memasak ini bertujuan mengajar peserta membuat menu berasaskan kuih-muih tradisional yang semakin tenggelam dengan makanan bersakan kuih muih yang lebih moden . Bengkel ini di ajar oleh tenaga pengajar terlatih dari Pejabat Kemas Daerah Padang Terap. Kelas yang jarang dilakukan ini mendapat sambutan baik dari komuniti setempat. Selain mendapat ilmu dalam bidang masakan secara tidak langsung sekiranya peserta mahir mereka boleh menjana pendapatan dengan menjual kuih yang di pelajari tersebut.
Aktiviti
Peserta di ajar membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu kuih bengkang ubi kayu, tepung bungkus dan kuih koleh.
Tarikh |
: 30 Januari 2020 ( Khamis ) |
Masa |
: 9 pagi – 5 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta |
: 11 Orang Petugas Pusat Internet |
Tujuan
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan teoritikal kepada petugas mengenai "KOSPEN" yang di jalankan di Pusat Internet untuk komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas iaitu Penolong Pengurus seramai 11 orang di beri taklimat dan praktikal oleh Kementerian Kesihatan Daerah Padang Terap dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagaimana memeriksa tekanan darah, BMI, glukos dalam darah dan di beri ilmu mengenai penyakit tidak berjangkit. Selain itu, taklimat mengenai pakar pemakanan turut diberikan kepada peserta program bagi menjayakan program “KOSPEN”.
Tarikh |
: 12 Jan 2020 |
Masa |
: 9 Pagi -12 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pelajar memperuntukkan masa di Pusat Internet untuk mengulangkaji pelajaran di dalam kumpulan. Mereka menggunakan kemudahan PI untuk mencari bahan rujukan dalam menyelesaikan masalah pelajaran melalui pautan google.