TARIKH | 6 OKTOBER 2023 |
MASA | 12.30 TENGAHARI |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
Aplikasi Kahoot sebagai alat pengujian terhadap pencapaian peserta terhadap aktiviti yang dilakukan sebelum itu.
Aktiviti
Selepas aktiviti STEM,pelajar diuji dengan kefahaman yang dipelajari ketika melakukan aktiviti STEM dengan menggunakan permainan di atas talian iaitu Aplikasi Kahoot!. Penyampaian hadiah dilakukan untuk peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi dalam permainan ini.
TARIKH | 6 OKTOBER 2023 |
MASA | 11.30 PAGI |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
STEM (menghasilkan pelangi) dapat meningkatkan keseronokan pelajar dalam membuat aktiviti ini sekaligus belajar mengenai suhu air di mana apabila suhu air biasa digunakan utk coklat,warna coklat yg dihasilkn bergerak lambat dan kurang cantik berbanding apabila menggunakan suhu air yang suam
Aktiviti
Staf PEDi menyediakan beberapa bahan seperti coklat bewarna, air dan pinggan. Setiap peserta mengambil pinggan dan coklat bewarna. Mereka diarahkan untuk menyusun coklat ke dalam pinggan dalam bentuk bulatan. Selepas itu, peserta menuang air di tengah pinggan dan menunggu seketika untuk melihat perubahan warna pada air tersebut.
TARIKH | 06 OKTOBER 2023 |
MASA | 9.30 PAGI |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
STEM (membina struktur bangunan) dapat mengasah kemahiran berfikir para peserta untuk memastikan struktur dapat berdiri dengan kukuh. ia juga dapat memupuk minat peserta untuk mendalami bidang ini dengan mempraktikkan subjek Sains dan Matematik
Aktiviti
Peserta dibekalkan dengan dua bahan iaitu plastisin dan pencungkil gigi. Peserta diminta untuk membina struktur bangunan mengikut kreativiti masing-masing dengan menitikberatkan kestabilan struktur itu.
TARIKH | 6 OKTOBER 2023 |
MASA | 10.30 PAGI |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 5 ORANG |
Tujuan
STEM (perubahan tenaga) dapat meningkatkan pembelajaran setiap peserta mengenai tenaga di mana tenaga panas dapat berubah menjadi tenaga gerak yang dibuktikan dengan bergeraknya kertas ketika terkena panas
Aktiviti
Setiap peserta disediakan beberapa bahan iaitu kertas, lilin, lidi, plastisin, gunting, cawan dan pen. Setiap peserta diminta untuk melukis lingkaran keatas kertas. Kemudian, peserta menggunting lingkaran tersebut. Selepas itu, lingkaran yang siap digunting dicucuk pada hujung lidi dan lidi diletakkan secara menegak. Api dinyalakan menggunakan lilin kemudian diletakkan dibawah lingkaran itu. Tenaga panas yang keluar dari lilin akan mengalir dan mengubah kepada tenaga gerak pada lingkaran tersebut.
TARIKH | 5 OKTOBER 2023 |
MASA | 9.30 PAGI |
LOKASI | PEDI FELDA BUKIT TEMBAGA |
PESERTA | 6 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan khas untuk pengurus-pengurus PEDI dalam membaiki komputer. Selain dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai komputer, kelas ini dapat membantu pengurus atau penolong pengurus untuk menggunakan ilmu ini dikala komputer di PEDi mengalami kerosakan
Aktiviti
En. Syahir (Penolong Pengurus PEDi Felda Bukit Tembaga) sebagai tenaga pengajar mengajar cara-cara menambah memori kedalam komputer dari cara membuka, memasang memori sehingga selesai