Tarikh |
: 29 September 2023 (Jumaat) |
Masa |
: 3.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: 6 Peserta |
Tujuan
-
Aplikasi Quiver menjadikan pembelajaran menyeronokkan dengan menggabungkan pewarnaan fizikal dengan teknologi realiti tambahan yang hebat untuk mencipta pengalaman yang menarik, pendidikan dan ajaib.
-
Aktiviti
- Peserta diminta untuk mewarna gambar yang diberikan oleh staff PEDi. Selesai mewarna, peserta akan menggabungkan gambar yang diwarna dengan aplikasi Quiver menggunakan tab yang disediakan. Dari situ, peserta dapat melihat gambar yang diwarna itu ada timbul dalam bentuk 3D.
Tarikh |
28 September 2023 (Khamis) |
Masa |
9.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi |
Masjid Felda Bukit Tembaga |
Peserta |
Komuniti |
Tujuan
Sambutan Maulidur Rasul disambut pada 12 Rabiul Awal tahun Hijrah pada setiap tahun. Sambutan ini bertujuan memupuk rasa cinta dan kasih pada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.. Aktiviti yang kerap diadakan pada sambutan Maulidur Rasul ialah perarakan yang diiringi dengan selawat keatas Nabi dan ceramah mengenai perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.. Pada kali ini, Pusat Ekonomi Digital Internet (PEDi) terlibat dalam program ini dan menyediakan beberapa aktiviti untuk komuniti setempat.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
1) Kuiz Puzzle ICT (akt ict)
2) Aktiviti STEM (Individu) - Pemasangan Robotic Solar Car
3)Promosi Pedi Kluster Padang Terap
Tarikh |
23 September 2023 (Sabtu) |
Masa |
4.15 Petang - 5.15 Petang |
Lokasi |
PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Typing Fast adalah salah satu cara untuk menguji kemahiran menaip kita dalam tempoh masa tertentu. Tambahan pada masa sekarang, kemahiran menaip sangat diperlukan seiring dengan perkembangan teknologi sekarang.
Aktiviti
Kelas typing fast diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar. Belajar menaip mengenal huruf di keyboard selain menguji tahap kepantasan menaip pelajar.
✅ penggunaan keyboard
✅ uji mata dan minda ketika menaip agar seiring
Tarikh |
27 September 2023 (Rabu) |
Masa |
10.00 pagi - 1.00 tengahari |
Lokasi |
Sekolah Kebangsaan Bukit Payung |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
-
-
Taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk BULI SIBER. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berterasan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dan mengajar peserta mengenai kongsi maklumat dengan betul. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Wan Suriyani Binti Wan Senu pengurus PEDi Kg Tanjung.
-
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
1) taklimat Klik Dengan Bijak
2) STEM - Straw Tower
3) Softskill
4) Penyampaian hadiah
Tarikh |
23 September 2023 (Sabtu) |
Masa |
10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi |
PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
1 Peserta |
Tujuan
-
- Peserta menyiapkan tugasan pengajian yang diberikan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
- Peserta diajar cara-cara membuat tugasan mengikut format yang ditetapkan dan cara memindahkan dokumen ke dalam Pendrive untuk simpanan peserta.