TARIKH  22 OKTOBER 2023
MASA  2.30 PETANG - 3.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA   1 ORANG

 

Tujuan

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan satu komponen di dalam modul TEDUH yang berfungsi sebagai one-stop centre perumahan untuk memudahkan orang ramai mengakses dan membuat permohonan perumahan di bawah Jabatan Perumahan Negara.

Aktiviti

Petugas PEDI membantu pemohon mengisi maklumat di dalam sistem SPRN, memuatnaik dokumen, membuat pembayaran CTOS secara atas talian dan menghantar dokumen setelah selesai segala proses.

Gambar di sini

TARIKH  21 OKTOBER 2023
MASA  3.30 PETANG - 4.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

Resume ialah untuk mengiklankan diri kita kepada majikan. Resume kita mesti mampu menaikan keinginan majikan untuk berkenalan lebih lanjut dengan kita. Apabila majikan mahu berkenalan dengan kita maka mereka akan panggil kita untuk datang ke pejabat mereka.

Aktiviti

Adik Aina Natasya membuat resume untuk permohonan Operator Kilang. Petugas Pedi Kg Tanjung membantu adik Aina membuat resume,whatsapp web,menyimpan fail dan mengajar menggunakan emel untuk menghantar permohonan.
 
TARIKH  21 OKTOBER 2023
MASA  10.45 PAGI - 11.45 PAGI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

E-tuition dijalankan secara atas talian yang memudahkan peserta untuk hadiri kelas tuisyen yang dipilih. Selain itu, e-tuition dapat memperkenalkan PEDI kepada masyarakat setempat akan kegunaan PEDI secara meluas.

Aktiviti

Peserta mengikuti kelas tuisyen secara atas talian bagi Kemahiran Mengenal Huruf Pra Sekolah 5&6 Tahun. Dalam kelas juga ada kuiz untuk peserta jawab.

Gambar di sini

TARIKH  21 OKTOBER 2023
MASA  2.30 PETANG - 3.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara. Setiap permohonan perlu diisi di dalam lamanweb yang telah disediakan.

Aktiviti

Peserta diajar cara mengisi maklumat yang betul dengan sendiri kedalam sistem SPNB. Staf PEDI membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar sehingga selesai mengisi maklumat yang diperlukan. Justeru itu, peserta dapat belajar menggunakan komputer.

Gambar di sini

TARIKH  20 OKTOBER 2023
MASA  3.00 PETANG - 5.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  7 ORANG

 

Tujuan

Kelas sushi diadakan bertujuan mengenalkan makanan Jeoun kepada komuniti setempat. Selain itu, kelas ini juga mengajar peserta mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sushi, cara-cara pembuatan dan jenis-jenis sushi yang ada.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan bahan-bahan yang ada. Selepas itu, pengajar mengajar langkah-langkah pembuatan sushi. Peserta masing-masing menyambung membuat sushi sehingga selesai.

Gambar di sini