Perniagaan Makanan
Nama |
: Ahmad Syairozi Atiqullah Bin Ghazali |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Ahmad Syairozi Atiqullah Bin Ghazali merupakan seorang usahawan yang berumur 30 tahun. Beliau ialah usahawan perniagaan ayam goreng yang diberi nama ‘ayam goreng ketagihan’ dan merupakan graduan lepasan diploma dalam bidang art and design, sudah berkahwin,mempunyai seorang cahayamata dan seorang yang menggemari bidang perniagaan dan mempunyai 4 cawangan kedai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau juga bekerja secara sepenuh masa dan hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja. Beliau bekerja di Korea selama lbih kurang 2 tahun. Setelah berkahwin beliau telah menetap di kampung halaman iaitu di Kampung Kurung Hitam dan memulakan perniagaan gerai jalanan sahaja.
Perkenalan dengan petugas pusat internet telah merubah pernigaannya sehingga tular dan mendapat tempat di kalangan penggemar ayam goreng. Kelas E-usahawan yang di sertainya di pusat internet membuka lembaran baru baginya sehingga berjaya meyakinkan pihak pengurusan Pasaraya Econsave bagi melayakkan beliau mendapat tender kedai makan di dalam pasaraya.