Logo Kg Tanjung Pdg Terap Kiri

     Asal usul Kampung Tanjung Padang Terap Kiri bermula apabila terbentuknya sebuah tanjung hasil daripada hakisan Sungai di Kuala Chucoh. Hasil daripada pertemuan antara Sungai Padang Terap dengan Sungai Chucoh, maka terbentuknya sebuah tanjung dengan keluasan muka bumi yang berpaya menyebabkan kawasan tersebut  dinamakan  Tanjung.

    Oleh sebab kawasan Daerah Padang Terap  terlalu banyak nama Kampung Tanjung maka bagi memudahkan orang ramai, maka kampung ini dinamakan Kampung Tanjung Kiri bersempena kedudukan kampung ini yang berada di Mukim Padang Terap Kiri.

    Kampung ini mula dibuka pada awal tahun 60-an iaitu ketika keadaan  darurat yang telah berlaku di negara ini. Antara penduduk yang mula mendiami kampung ini ialah Mat Saman B.Tahir, Ismail B. Jusoh, Jabair B. Mad Daud, Jaafar Bin Idris, dan Mat Amin Bin Andak.

   Di Kampung Tanjung Kiri ini terdapat sebuah dusun yang besar yang dikenali sebagai 'Dusun Raja' di mana suatu ketika dahulu apabila menjelang  musim buah-buahan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Kerabat Diraja Kedah akan berangkat ke kampung ini untuk menikmati kelazatan buah-buahan yang terdapat di dalam Dusun Raja yang terletak di Kampung Tanjung Kiri.