Ramai dari kalangan penduduk di sekitar Kuala Nerang termasuk penduduk di Kg Tanjung memilih untuk menjadi usahawan bagi menjana pendapatan sendiri. Antaranya termasuklah:

1. Basharatul Asyikin Binti Che Bahdun

            Beliau merupakan tokoh usahawan muda yang rajin dan gigih berusaha. Pada usia yang masih muda, beliau bersama ibu dan adik - beradik yang lain berjaya mengusahakan sebuah kedai makan dan pelbagai produk tempatan. Kedai yang baru beroperasi di sebelah Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung semakin lengkap dengan pelbagai produk seperti:

- makanan (nasi goreng, maggi goreng, dan lain-lain)

- barangan kesihatan (madu, produk kesihatan)

-  dan perkhidmatan (top up dan agen BSN)

Beliau dan keluarga turut mendapat banyak tempahan kuih raya pada musim raya yang lalu. Penambahan produk turut dirancang pada masa akan datang.