Tarikh |
: 12 Julai 2018 ( Khamis ) |
Masa |
: 9 pagi - 5 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta |
: 25 Orang Usahawan |
Tujuan
Program ini dijalankan bertujuan untuk mengembang ilmu perniagaan secara atas talian iaitu dengan menggunakan medium laman sosial "facebook page". Peserta diajar bagaimana mahu membina facebook page supaya perniagaan lebih dikenali ramai. Peserta juga diajar cara bagaimana menulis posting didalam page untuk tujuan iklan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah bengkel yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang juga merupakan seorang usahawan yang berjaya yang telah dilatih oleh MDEC. Selain itu terdapat juga aktiviti sampingan untuk pengunjung iaitu pemeriksaan kesihatan secara percuma (myhealth).
Tarikh |
: 09 Julai 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tong Pelu |
Peserta |
: Petugas Pusat Internet Padang Terap,wakil SKMM,AJK Pusat Internet Tong Pelu, Pelajar Tahfiz dan Komuniti setempat |
Tujuan
Jamuan raya aidilfitri yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara petugas dan komuniti setempat. Selain itu majlis ini juga bersempena dengan perlantikan AJK yang baru bagi memudahkan program yang akan dijalankan kemudian hari.
Aktiviti
Majlis bacaan tahlil dan doa selamat oleh pelajar Tahfiz Kepala Batas Pedu dan jamuan raya.
Tarikh |
: 29 Jun 2018 |
Masa |
: 10 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta |
: Petugas Pusat Internet Kluster Padang Terap dan Pengurus Wilayah Utara |
Tujuan
Memfokuskan isu, cadangan dan maklumat program bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program peringkat kluster dan Pusat Internet.
Aktiviti
Perbincangan bersama En Nik, RM MSD Kedah dan 8 orang Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap ini membincangkan hala tuju, isu, cadangan dan pembahagian tugas bagi program terdekat, dengan kerjasama pelbagai agensi lain yang bakal berlangsung.
Tarikh |
: 03 Julai 2018 |
Masa |
: 3.30 – 5.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta |
: 6 Orang pelajar |
Tujuan
Untuk memahirkan pelajar menggunaan snipping tool dalam membuat kerja khusus serta memudahkan pencarian bahan yang akan digunakan sebagai rujukan meraka.
Aktiviti
kelas pengggunaan snipping tool untuk pelajar sekolah
Tarikh |
: 28 June 2018 |
Masa |
: 3.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta |
: 2 Orang Pelajar |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar ahli yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah untuk mencari jurnal yang ilmiah bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Jurnal yang di perolehi juga akan digunakan untuk menyiapkan kerja kursus mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah mereka akan diajar menggunakan internet untuk mendapatkan jurnal yang bersesuaian. Kesemua jurnal akan disimpan kemudian dicetak. Selain membaca jurnal itu juga memberi idea tambahan kepada mereka untuk menulis karangan dan menyiapkan kerja kursus mereka