TARIKH  6 DISEMBER 2023
MASA  3.30 PETANG - 4.00 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  12 ORANG

 

Tujuan

- memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
- Lava Lamp dapat menunjukkan tindakbalas yang terjadi selepas bahan-bahan tertentu dicampurkan.
 

Aktiviti

Bahan-bahan Lava Lamp adalah

- botol kecil
- cuka
- minyak masak
- pewarna
- soda bikarbonat
 

Campuran keempat-empat bahan akan menghasilkan lava yang cantik dan menarik. 

Gambar di sini

 

TARIKH  6 DISEMBER 2023
MASA  2.30 PETANG- 3.30 PETANG 
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  12 ORANG

 

Tujuan

- memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
- menggalakkan pelajar dapat berfikir secara inovatif, kreatif dan kritis dalam menyiapkan projek stem yang diberikan
 

Aktiviti

Setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membuat Self Paddle Boat iaitu botol air, getah, kayu copstik dan kayu aiskrim. Setiap kumpulan membuat satu bot dan bot tersebut akan diuji didalam air untuk melihat keberhasilan bot itu berfungsi.

Gambar di sini

TARIKH  5 DISEMBER 2023
MASA  10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  2 ORANG

 

Tujuan

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.  Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Aktiviti

Komuniti meminta bantuan petugas PEDi untuk install aplikasi e-Wallet dan mendaftar masuk kedalam aplikasi ini.

Gambar di sini

TARIKH  5 DISEMBER 2023
MASA  2.30 PETANG - 3.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Aktiviti

Makcik Mek Jehara meminta bantuan daripada petugas PEDi untuk mengisi borang JKM secara manual memandangkan beliau mempunyai masalah kesihatan untuk mengisi dengan tepat dan betul.

Gambar di sini

TARIKH  2 DISEMBER 2023
MASA  3.30 PETANG - 4.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  3 ORANG

 

Tujuan

Typing Fast adalah salah satu cara untuk menguji kemahiran menaip kita dalam tempoh masa tertentu. Tambahan pada masa sekarang, kemahiran menaip sangat diperlukan seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. 

Aktiviti

Kelas typing fast diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar. Belajar menaip mengenal huruf di keyboard selain menguji tahap kepantasan menaip pelajar.
✅ penggunaan keyboard
✅ uji mata dan minda ketika menaip agar seiring

Gambar di sini