TARIKH | 1 JANUARI 2024 |
MASA | 2.00 PETANG - 3.00 PETANG |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 1 ORANG |
Aktiviti
Kemahiran mengenal huruf sesuai untuk pendidikan awal kanak-kanak berusia 5 tahun. Peserta akan meneka huruf yang keluar dengan memilih huruf yang sama. Huruf yang keluar ,erupakan huruf besar manakala jawapan adalah dalam bentuk huruf kecil.
TARIKH | 1 JANUARI 2024 |
MASA | 9.30 PAGI - 10.30 PAGI |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 1 ORANG |
Tujuan
Kelas ICT ini adalah untuk memperkenalkan kegunaan komputer kepada murid di peringkat pra-sekolah. Ianya penting untuk mengajar mereka mengenali asas-asas komputer.
Aktiviti
Adik Hanis belajar mengawal tetikus ketika menghias cupcake. Disamping itu, ia dapat menguji tahap kreativiti seseorang dalam memilih hiasan yang cantik dan menarik.
TARIKH | 21 DISEMBER 2023 |
MASA | 12.00 TENGAHARI - 1.00 PETANG |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 22 ORANG |
Aktiviti
Para peserta diarahkan untuk membuat jejari coklat. Bahan-bahannya adalah roti keping Gardinea dipotong kecil dan coklat. Setiap peserta mencelop kepingan roti kedalam coklat yang telah dicairkan. Disini peserta dapat belajar cara-cara untuk menyediakan jejari coklat. Jejari coklat ini dapat dibuat untuk kudapan di rumah, untuk jamuan harijadi dan juga boleh dibuat untuk dijual.
TARIKH | 24 DISEMBER 2023 |
MASA | 4.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 1 ORANG |
Aktiviti
Petugas PEDi membantu adik Muslihah menyediakan resume untuk permohonan kerja kilang di Pulau Pinang. Adik Muslihah memuatnaik gambar profilnya menggunakan aplikasi Web Whatsapp dan menghantar resume melalui Emel.
TARIKH | 21 DISEMBER 2023 |
MASA | 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI | PEDI KG TANJUNG |
PESERTA | 22 ORANG |
Aktiviti
Puan Aishah adalah sebagai tenaga pengajar yang dijemput untuk mengajari para peserta cara-cara mencuci muka dan pemakaian masker muka untuk peserta perempuan manakala untuk peserta lelaki, mereka diajar cara untuk merapikan rambut.