TARIKH  24 FEBRUARI 2024
MASA  10.45 PAGI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Aktiviti

Tuisyen Kemahiran Mengenal Huruf untuk pelajar pra-sekolah secara atas talian.

Gambar di sini

TARIKH  22 FEBRUARI 2024
MASA  3.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  10 ORANG

 

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu.

Aktiviti

Setiap peserta disediakan pulut yang telah dimasak. Mereka perlu menganyam ketupat seberapa banyak yang boleh dalam tempoh yang diberikan. Setiap anyaman perlu kemas dan cantik. Pemenang dikira berdasarkan kekemasan dan bilangan terbanyak.

Gambar di sini

TARIKH  22 FEBRUARI 2024
MASA  11.30 PAGI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  7 ORANG

 

Aktiviti

Peserta menjawab soalan kahoot mengenai Arduino. Peserta paling tinggi markah adalah pemenang.

Gambar di sini

TARIKH  22 FEBRUARI 2024
MASA  12.00 TENGAHARI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  4 ORANG

 

Sampin secara umumnya adalah kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket. Menurut sesetengah sumber, perkataan sampin ini berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuat gubahan ikatan dengan menggunakan sampin dan ikatan paling kemas dan kreatif dikira pemenang.

Gambar di sini

TARIKH  22 FEBRUARI 2024
MASA  11.00 PAGI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  7 ORANG

 

STEM - ARDUINO

Arduino merupakan sebuah platform ‘open-source’ untuk membina prototaip berasaskan eletronik. Ini termasuklah papan mikropengawal Arduino Uno yang sangat popular dikalangan penggemar hobi elektronik. Papan mikropengawal ini boleh diprogramkan dan disambung dengan pelbagai komponen elektronik lain seperti perintang, LED, push button, mahupun sensor untuk menghasilkan reka cipta ataupun prototaip sesebuah sistem berasaskan elektronik.

Aktiviti

Peserta diajar cara untuk memasang komponen-komponen arduino dan juga fungsi-fungsi setiap komponen. Mereka juga diajar untuk menulis coding agar dapat menghidupkan Arduino yang dipasang.

Gambar di sini