Tarikh |
:14 November 2022 (Isnin) |
Masa |
: 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Kg Tanjung |
Peserta |
: Pelajar SMKKN |
Tujuan
Microsoft Word adalah program word processing yang standard digunakan di kebanyakkan komputer. Dengan Word, anda boleh menghasilkan dokumen dan menyelesaikan beberapa fungsi lain berkaitan dengan word processing. Program ini membawa banyak kelebihan yang boleh anda manfaatkan. Perisian ini digunakan untuk membuat, mengedit, dan memformat dokumen bertulis di tempat kerja, di sekolah, dan di rumah. Sebagai contoh, surat formal, resume, artikel dan laporan harian . Pengetahuan peringkat pertengahan dan lanjutan mengenai perisian ini boleh membawa kepada peluang pekerjaan kerana penggunaan Microsoft Word banyak digunakan banyak di tempat kerja.
Aktiviti
Peserta di ajar untuk mengenali dahulu fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word. Selain itu, di ajar menggunakan Microsoft Word dan cara mengedit dan sebagainya.